Booth KDB di Karnival Pantai Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Port Dickson

16 November 2024 | Aktiviti Terkini

15 November 2024 – NADI Kluster Port Dickson telah dijemput untuk membuka Booth KDB di Karnival Pantai Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Port Dickson selama 2 hari dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

NADI Kluster Port Dickson yang melibatkan 4 buah NADI iaitu NADI Linggi, NADI Kg. Paya, NADI Kg Si Rusa dan NADI Pekan Lukut telah bersama-sama bertugas mengendalikan booth dengan mengedarkan risalah dan memberi taklimat advokasi KDB kepada pengunjung yang hadir ke booth, memperkenalkan NADI dan mengendalikan Permainan Online & Offline untuk pelajar-pelajar.

Antara permainan KDB yang diadakan adalah seperti:
Teka silang kata, Word Search, Games Interland Be Internet Awesome, Ujian Bijak Internet, Wordwall dan Quizziz.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali